
"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna, sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya."
(Surah Ali 'Imran, Ayat 92)
Lot wakaf serendah RM30 atau seikhlas hati dibuka untuk tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Sedekah jariah merupakan amalan yang terpuji disisi Allah. Manusia yang paling beruntung adalah apabila dia berusaha melakukan sedekah jariah ketika di dunia dan pahalanya berkekalan sehingga akhirat kelak.
Pernahkah kita terfikir sekiranya satu masa dan suatu saat akan tiba masa kita dijemput menghadap ilahi, cukupkah amalan yang bakal kita bawa ke akhirat nanti?
3 AMALAN YANG KEKAL SELEPAS KEMATIAN
Maksudnya:
Dari Abu Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.
(HR Muslim)
Tiga amalan inilah yang membolehkan kita beroleh saham pahala yang berterusan walaupun kita telah tiada di dunia ini, dan salah satunya adalah dengan bersedekah.
Ustaz Yusri Musa - Pengasas Madrasah Addiniah Pondok Warga Emas.
SEJARAH PENUBUHAN
Madrasah Addiniah Pondok Warga Emas
Kampung Pondok Lalang, Tepoh 21300 Kuala Nerus, Terengganu.
Mereka juga dipantau secara rapi oleh beberapa orang tenaga pengajar dan staf sokongan yang setia membantu menguruskan kebajikan dan memberikan Al-Quran kepada mereka.
✔ Kekangan kewangan.
✔ Tempat menginap dan belajar secara formal yang terhad, sempit, tidak selesa dan daif
✔ Tiada kemudahan yang khusus untuk membantu warga emas yang sangat memerlukan.
.jpg)
Dengan Infaq Sedekah yang anda beri, sudah pasti ianya dapat memberi sinar buat warga emas ini.
Moga-moga dengan segala kebaikan dan sumbangan wakaf yang diberi, Allah SWT menggandakan rahmat dan rezeki para penyumbang seperti mengalirnya air zam-zam yang tidak putus-putus.
Jadi, Bagaimana Kita dapat Membantu?
Demi merealisasikan impian ini, pihak pengurusan Addiniah pertamanya memerlukan dana sebanyak RM500,000 untuk membeli dua bidang tanah berhampiran dengan bangunan yang lama ini. Ini bertujuan untuk menjadikan tanah tersebut sebagai tapak bangunan pengajian yang merangkumi:
✔ Bilik Pengurusan Sekolah
✔ Asrama
✔ Pondok Khas Warga Emas
✔ Kelas Pengajian
✔ Surau untuk Penghuni & Masyarakat Kampung.
Anggaran Keseluruhan Pembinaan Merangkumi
RM 1 Juta.
Rasulullah SAW telah bersabda:
“Sesungguhnya sedekahnya orang muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.”
Untuk memudahkan urusan anda menyumbang dana, pihak kami telah menyediakan beberapa pakej seperti dibawah:
✔ Pakej Muqtadir - RM500
✔ Pakej Hanan - RM30
Untuk sumbangan secara manual/bank transfer/CDM, boleh bank in akaun di bawah:
No.akaun : 5630 6415 5130 (MAYBANK)
Akaun : ADDINIAH RESOURCES
Sila letakkan reference "Wakaf Addiniah" untuk memudahkan pihak kami mengagihkan dana yang telah disumbangkan.
Tiada kata yang mampu diucapkan selain terima kasih yang tidak terhingga serta doa yang berterusan buat para dermawan yang tidak putus-putus membantu pihak kami mengumpulkan dana buat Madrasah Addiniah.
Moga syurga menjadi ganjaran atas budi baik anda semua. Amin ya Rabbal Alamin.
Dari hadis riwayat Muslim maksudnya:
"apabila matinya seorang anak Adam itu terputus lah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang manafaat,dan anak Soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibu bapanya".
Ya Allah,berikanlah kami peluang untuk membantu warga emas supaya memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat. Aminn.
NOTA PENTING: AKAD SUMBANGAN
Untuk teruskan sumbangan anda, mohon dibacakan sekali akad seperti di bawah:
"Saya dengan ini membuat sumbangan ikhlas sebanyak (jumlah wang yang disumbangkan) atas nama (niat sumbangan atas nama siapa) kepada apa-apa sahaja yang membawa kebaikan kepada Madrasah Addiniah Warga Emas ini”
Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi.
p/s: Sesungguhnya Madrasah ini mempunyai bantuan dana yang amat perlahan, sejujurnya kami amatlah menghargai jika tuan/puan berminat berkongsi rezeki yang lebih agar segala perancangan dan keperluan mereka dapat ditunaikan dengan lebih pantas.