Hadiahkan Bangunan Surau Buat Warga Emas
Ayuh kita bantu warga emas Madrasah Addiniah meraih penghujung yang husnul khatimah.
[Lot wakaf serendah RM30 dibuka dan niatkan pahalanya untuk ibu bapa tersayang]
LATAR BELAKANG MADRASAH
Madrasah Addiniah adalah sebuah pusat pengajian al-Quran yang terletak di Kampung Pondok Lalang, Tepoh 21300 Kuala Nerus, Terengganu.
Tercetusnya idea penubuhan Madrasah Addiniah ini adalah pada tahun 2020 oleh Ustaz Yusri Bin Musa di mana ibunya ingin mewakafkan tanah miliknya bagi mendirikan sekolah agama.
Uniknya, madrasah ini ditubuhkan khas untuk warga emas di mana kebanyakannya adalah golongan asnaf fakir miskin.
Alhamdulillah tanah wakaf yang kami peroleh kini sedang dalam proses penyediaan serta penukaran hakmilik.
Namun, kekurangan kemudahan menyukarkan pihak pengurusan madrasah memberikan pengajian dan kebajikan yang baik buat warga emas di sini.
MANFAAT SUMBANGAN DANA
Pihak pengurusan akan berusaha untuk memberikan pengajian al-Quran kepada warga emas Madrasah Addiniah namun kami juga memerlukan sumbangan tuan/puan bagi mencukupkan dana pembinaan yang berjumlah RM1 Juta.
Bayangkan setiap nilai yang tuan/puan sumbangkan mampu mengukir setiap senyuman warga emas Madrasah Addiniah yang diibaratkan seperti ibu bapa kita sendiri.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya amal yang paling disukai Allah SWT setelah melaksanakan berbagai hal yang wajib adalah menggembirakan muslim yang lain.”
BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?
Kami telah menyediakan beberapa pakej di bawah bagi memudahkan urusan anda menyumbang dana:
Pakej Firdausi | RM2500 |
Pakej Manan | RM1000 |
Pakej Rahman | RM250 |
Pakej Muqtadir | RM150 |
Pakej Zaidi | RM30 |
SUMBANGAN SECARA MANUAL/BANK TRANSFER/CDM
Anda juga boleh menyumbang dana melalui saluran secara manual. Butiran akaun adalah seperti di bawah:
Bank: MAYBANK
Nama: ADDINIAH RESOURCES
No.akaun: 5630 6415 5130
Sila letakkan reference "Wakaf Addiniah" untuk memudahkan pihak kami mengagihkan dana yang telah disumbangkan.
Jika tuan/puan sudi, mendermalah dengan lot wakaf yang lebih tinggi agar proses pembinaan dapat dipercepatkan dan dimanfaatkan dalam masa terdekat.