
Sedekah Menjarakkan Kita Dari Neraka
Madrasah Addiniah adalah sebuah pusat pengajian al-Quran yang terletak di Lot 71535, Mukim Ulu Terengganu Kampung Gedung, Kuala Berang, Terengganu. Tercetusnya idea penubuhan Madrasah Addiniah ini adalah pada tahun 2020 oleh Ustaz Yusri Bin Musa di mana ibunya ingin mewakafkan tanah miliknya bagi mendirikan sekolah agama. Uniknya, madrasah ini ditubuhkan khas untuk warga emas bagi membantu mereka mengaji dengan lebih bertajwid dan lancar.
Alhamdulillah tanah wakaf yang kami peroleh kini sedang dalam proses penyediaan serta penukaran hakmilik.
KEPERLUAN DANA
Rasulullah SAW bersabda:
“Bersedekahlah kamu sekalian, kerana sesungguhnya sedekah itu pemisah dari neraka.”
Faktor kekurangan kemudahan menyukarkan pihak pengurusan madrasah memberikan pengajian dan kebajikan yang baik buat warga emas di sini. Justeru, kami ingin mengajak tuan/puan untuk berganding bahu menjayakan pembinaan Madrasah Addiniah yang menelan kos berjumlah RM2 Juta.
AYUH BANTU MEREKA!
Kami telah menyediakan beberapa pakej di bawah bagi memudahkan urusan anda menyumbang dana. Lot wakaf serendah RM10 dibuka dan anda boleh meniatkan pahalanya untuk ibu bapa tersayang.
Anda juga boleh menyumbang dana melalui saluran secara manual. Butiran akaun adalah seperti di bawah:
Bank: MAYBANK
No.akaun: 5630 6415 5130
Nama: ADDINIAH RESOURCES
Sila letakkan reference "Wakaf Addiniah" untuk memudahkan pihak kami mengagihkan dana yang telah disumbangkan.
Seberapa besar nilai yang tuan/puan sumbangkan memberi makna yang besar buat warga emas yang ingin belajar mengaji dengan lebih baik.