"Ini satu-satu peluang anda untuk menjadi JUTAWAN AKHIRAT dengan berwakaf untuk bina sekolah buat warga emas seperti membalas jasa ibu ayah."
Lot wakaf serendah RM30 atau seikhlas hati dibuka untuk tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Alhamdulillah,
ada diantara kita yang mampu untuk hidup dalam keadaan selesa meskipun di saat seluruh dunia dilanda musibah pandemik.
Namun begitu, masih ada lagi diantara kita juga yang tidak berpeluang untuk merasai nikmat seperti orang lain.
Antara faktor yang sering menjadi cabaran untuk warga emas adalah:
✔ Kekangan kewangan.
✔ Tempat menginap dan belajar secara formal yang terhad, sempit, tidak selesa dan daif
✔ Tiada kemudahan yang khusus untuk membantu warga emas yang sangat memerlukan.

Disinilah, tercetusnya konsep syukur dan percaya dengan Allah SWT sebagai Maha Pemberi.
Antara nikmat syukur yang jarang dirasai adalah apabila seseorang itu menghargai setiap pemberiannya termasuk nikmat usia, sihat tubuh badan, rezeki harta benda, keluarga yang sempurna dan merasa kebahagiaan hidup.
Jadi, Bagaimana Cara Hendak Bersyukur
Sesungguhnya Allah SWT telah
berfirman bahawa salah satu cara bersyukur adalah dengan melakukan amalan
kebaikan.
Hal ini telah dijelaskan melalui surah
saba' ayat 13 yang bermaksud:
"Beramalanlah
kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur"
Maka dengan
izin Allah SWT kami ingin mengajak anda semua untuk berkongsi rezeki
dengan berwakaf dan memahami erti syukur sebenar dengan membantu membiayai dana bagi
pembangunan dan pengurusan Madrasah Addiniah.
Wakaf yang dilakukan pada pasti memberi ganjaran dan kebaikan berganda secara berterusan kepada para dermawan budiman yang ingin membalas jasa ibu ayah.
SEJARAH PENUBUHAN
Madrasah
Addiniah merupakan salah satu pusat pengajian Islam secara formal yang ditubuhkan
khas untuk warga emas terletak di Lot 71535, Mukim Ulu Terengganu Kampung
Gedung, Kuala Berang, Terengganu.
Bermula
dengan sebuah bangunan kecil dan kini kian uzur ini menempatkan sejumlah warga
emas. Bilangan ini tidak termasuk dengan beberapa orang tenaga pengajar dan
staf sokongan yang setia membantu menguruskan kebajikan dan memberikan
pendidikan Islam kepada mereka.
Bukan
itu sahaja pendidikan agama diberikan kepada warga emas dan dari keluarga asnaf
fakir miskin untuk masyarakat kampung sekitar ini.
Bangunan
yang serba daif ini telah memberi peluang kepada warga emas untuk mendalami
ilmu agama dan ilmu-ilmu lain secara formal yang bermanfaat untuk kegunaan masa
hadapan.
Selain
itu, warga emas di Madrasah ini telah memenuhi masa mereka dengan
aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah Alhamdulillah, segala isi aktiviti
yang dijalankan di Madrasah ini merangkumi ilmu yang bermanfaat di dunia dan di
akhirat kelak.
DANA
YANG DIPERLUKAN KINI.
Demi
memberi keselesaan dari segi pengurusan dan kebajikan di Madrasah ini, kami
memerlukan RM 2 Juta untuk kutipan dana secara keseluruhannya.
Dana
sebanyak RM500,000 untuk membeli dua bidang tanah berhampiran dengan bangunan
yang lama ini. Ini bertujuan untuk menjadikan tanah tersebut sebagai tapak
bangunan pengajian yang merangkumi bilik kelas, pondok khas warga emas dan
surau.
Oleh
yang demikian, kos anggaran untuk menyiapkan bangunan tersebut adalah sebanyak
RM500,000 kos operasi ini tidak termasuk kos-kos penyelenggaraan seperti
dibawah:
- Kos
pertukangan.
- Kos
pengurusan dan utiliti.
- Kos
bil utiliti (bil air, elektrik dan lain-lain)
- Kos
pembelian perabot.
- Kos
pengurusan dan kebajikan warga emas, para pelajar dan guru-guru.
Untuk
pengetahuan anda, bangunan baru nanti akan memuatkan:
✅ Bilik pengurusan sekolah.
✅ Asrama para pelajar.
✅ Pondok Khas Warga Emas
✅ Kelas pengajian.
✅ Surau untuk pelajar dan
masyarakat kampung.
Oleh
itu, ayuh kita ambil peluang keemasan ini untuk merasai nikmat bersyukur dengan
menjalankan tanggungjawab sebagai saudara islam, dengan membantu pihak
pengurusan sekolah, menyediakan keperluan yang selesa dan selamat untuk warga
emas ini.
Moga-moga
segala kebaikan dan sumbangan wakaf yang diberi akan Allah SWT gandakan rahmat
dan hadiahkan ladang yang luas untuk anda semua.
Rasulullah
SAW telah bersabda:
"Manusia
yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia.
Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau
masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu
kesusahannya, atau engkau membayar hutangnya atau engkau hilangkan
kelaparannya" (hadith riwayat At-Tabrani)
Bagaimana anda boleh membantu?
Untuk
memudahkan urusan anda menyumbang dana, pihak kami telah menyediakan beberapa
pakej seperti dibawah:
✔ Pakej Dermawan - RM3000
✔ Pakej Titanium -RM1500
✔ Pakej Zamrud - RM500
✔ Pakej Berlian- Rm300
✔ Pakej Gold - RM100
✔ Seikhlas Hati - RM30
Untuk
sumbangan secara manual/bank transfer/CDM, boleh bank in ekaun di bawah:
Bank : Maybank
Akaun
: ADDINIAH RESOURCES
No.akaun : 5630 6415 5130
Sila
letakkan reference "Wakaf Addiniah" untuk memudahkan pihak kami
mengagihkan dana yang telah disumbangkan.
Tiada kata yang mampu diucapkan selain doa yang berterusan buat para dermawan yang tidak putus-putus membantu pihak kami mengumpulkan dana buat Madrasah Addiniah.
Moga
syurga menjadi ganjaran atas budi baik anda semua. Amin ya Rabbal Alamin.
1. Bagi pembayaran menggunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.