"Ini satu-satu peluang anda untuk menjadi JUTAWAN AKHIRAT dengan berwakaf untuk bina sekolah buat warga emas seperti membalas jasa ibu ayah."
Lot wakaf serendah RM30 atau seikhlas hati dibuka untuk tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Alhamdulillah,
ada diantara kita yang mampu untuk hidup dalam keadaan selesa meskipun di saat seluruh dunia dilanda musibah pandemik.
Namun begitu, masih ada lagi diantara kita juga yang tidak berpeluang untuk merasai nikmat seperti orang lain.
Antara faktor yang sering menjadi cabaran untuk warga emas adalah:
✔ Kekangan kewangan.
✔ Tempat menginap dan belajar secara formal yang terhad, sempit, tidak selesa dan daif
✔ Tiada kemudahan yang khusus untuk membantu warga emas yang sangat memerlukan.

Disinilah, tercetusnya konsep syukur dan percaya dengan Allah SWT sebagai Maha Pemberi.
Antara nikmat syukur yang jarang dirasai adalah apabila seseorang itu menghargai setiap pemberiannya termasuk nikmat usia, sihat tubuh badan, rezeki harta benda, keluarga yang sempurna dan merasa kebahagiaan hidup.
Jadi, Bagaimana Cara Hendak Bersyukur
Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman bahawa salah satu cara bersyukur adalah dengan melakukan amalan kebaikan.
Hal ini telah dijelaskan melalui surah saba' ayat 13 yang bermaksud:
"Beramalanlah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur"
Maka dengan izin Allah SWT kami ingin mengajak anda semua untuk berkongsi rezeki dengan berwakaf dan memahami erti syukur sebenar dengan membantu membiayai dana bagi pembangunan dan pengurusan Madrasah Addiniah.
Wakaf yang dilakukan pada pasti memberi ganjaran dan kebaikan berganda secara berterusan kepada para dermawan budiman yang ingin membalas jasa ibu ayah.
SEJARAH PENUBUHAN
Madrasah Addiniah merupakan salah satu pusat pengajian Islam secara formal yang ditubuhkan khas untuk warga emas terletak di Lot 71535, Mukim Ulu Terengganu Kampung Gedung, Kuala Berang, Terengganu.
Bermula dengan sebuah bangunan kecil dan kini kian uzur ini menempatkan sejumlah warga emas. Bilangan ini tidak termasuk dengan beberapa orang tenaga pengajar dan staf sokongan yang setia membantu menguruskan kebajikan dan memberikan pendidikan Islam kepada mereka.
Bukan itu sahaja pendidikan agama diberikan kepada warga emas dan dari keluarga asnaf fakir miskin untuk masyarakat kampung sekitar ini.
Bangunan yang serba daif ini telah memberi peluang kepada warga emas untuk mendalami ilmu agama dan ilmu-ilmu lain secara formal yang bermanfaat untuk kegunaan masa hadapan.
Selain itu, warga emas di Madrasah ini telah memenuhi masa mereka dengan aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah Alhamdulillah, segala isi aktiviti yang dijalankan di Madrasah ini merangkumi ilmu yang bermanfaat di dunia dan di akhirat kelak.
DANA YANG DIPERLUKAN KINI.
Demi memberi keselesaan dari segi pengurusan dan kebajikan di Madrasah ini, kami memerlukan RM 2 Juta untuk kutipan dana secara keseluruhannya.
Dana sebanyak RM500,000 untuk membeli dua bidang tanah berhampiran dengan bangunan yang lama ini. Ini bertujuan untuk menjadikan tanah tersebut sebagai tapak bangunan pengajian yang merangkumi bilik kelas, pondok khas warga emas dan surau.
Oleh yang demikian, kos anggaran untuk menyiapkan bangunan tersebut adalah sebanyak RM500,000 kos operasi ini tidak termasuk kos-kos penyelenggaraan seperti dibawah:
- Kos pertukangan.
- Kos pengurusan dan utiliti.
- Kos bil utiliti (bil air, elektrik dan lain-lain)
- Kos pembelian perabot.
- Kos pengurusan dan kebajikan warga emas, para pelajar dan guru-guru.
Untuk pengetahuan anda, bangunan baru nanti akan memuatkan:
✅ Bilik pengurusan sekolah.
✅ Asrama para pelajar.
✅ Pondok Khas Warga Emas
✅ Kelas pengajian.
✅ Surau untuk pelajar dan masyarakat kampung.
Oleh itu, ayuh kita ambil peluang keemasan ini untuk merasai nikmat bersyukur dengan menjalankan tanggungjawab sebagai saudara islam, dengan membantu pihak pengurusan sekolah, menyediakan keperluan yang selesa dan selamat untuk warga emas ini.
Moga-moga segala kebaikan dan sumbangan wakaf yang diberi akan Allah SWT gandakan rahmat dan hadiahkan ladang yang luas untuk anda semua.
Rasulullah SAW telah bersabda:
"Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayar hutangnya atau engkau hilangkan kelaparannya" (hadith riwayat At-Tabrani)
Bagaimana anda boleh membantu?
Untuk memudahkan urusan anda menyumbang dana, pihak kami telah menyediakan beberapa pakej seperti dibawah:
✔ Pakej Dermawan - RM3000
✔ Pakej Titanium -RM1500
✔ Pakej Zamrud - RM500
✔ Pakej Berlian- Rm300
✔ Pakej Gold - RM100
✔ Seikhlas Hati - RM30
Untuk sumbangan secara manual/bank transfer/CDM, boleh bank in ekaun di bawah:
Bank : Maybank
Akaun : ADDINIAH RESOURCES
No.akaun : 5630 6415 5130
Sila letakkan reference "Wakaf Addiniah" untuk memudahkan pihak kami mengagihkan dana yang telah disumbangkan.
Tiada kata yang mampu diucapkan selain doa yang berterusan buat para dermawan yang tidak putus-putus membantu pihak kami mengumpulkan dana buat Madrasah Addiniah.
Moga syurga menjadi ganjaran atas budi baik anda semua. Amin ya Rabbal Alamin.
1. Bagi pembayaran menggunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.