Wakaf Subuh Ramadan: Dalam Rezeki anda ada
Rezeki Orang lain
“Pastinya dengan berkongsi rezeki, Allah melapangkan
pula rezeki para penderma semua.”
Lot wakaf serendah RM30 atau seikhlas hati dibuka untuk tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Firman Allah SWT dalam Surah Saba ayat 39.
"Katakanlah, Tuhanku Dialah melapangkan
rezeki kepada hamba-hambaNya yang dikehendaki, dan menyempitkan
sesiapa yang dikehendaki. Dan Barang apa yang kamu dinafkahkan maka Allah
lah akan menggantikannya dan dialah pemberi rezeki sebaik-baiknya."

Jom kita berkongsi
rezeki dengan Wakaf Subuh mereka yang memerlukan, sesungguhnya dalam rezeki
itu, adanya rezeki orang lain.
Di samping itu juga balas jasa ibu ayah dengan wakaf
Subuh Ramadan untuk warga emas Addiniah.
Sudahkah kita berwakaf waktu Subuh pada bulan Ramadan ini demi membalas jasa ibu ayah yang menunggu pahala dan ganjarannya di alam barzakh dan akhirat nanti?
Alhamdulillah, ada diantara kita yang mampu untuk hidup dalam keadaan
selesa meskipun di saat seluruh dunia dilanda musibah pandemik.
Namun begitu, masih ada lagi diantara kita juga yang tidak berpeluang
untuk merasai nikmat seperti orang lain. Antara faktor yang sering
menjadi cabaran untuk warga emas adalah:
* Kekangan kewangan.
* Tempat menginap dan belajar secara
formal yang terhad, sempit, tidak selesa dan daif.
* Tiada kemudahan yang khusus untuk
membantu warga emas yang sangat memerlukan.
Disinilah, tercetusnya konsep syukur dan percaya dengan Allah SWT
sebagai Maha Pemberi. Antara nikmat syukur yang jarang dirasai adalah apabila
seseorang itu menghargai setiap pemberiannya termasuk nikmat usia, sihat tubuh
badan, rezeki harta benda, keluarga yang sempurna dan merasa kebahagiaan hidup.
Jadi, Bagaimana Cara Hendak Bersyukur
Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman bahawa salah satu cara bersyukur adalah dengan melakukan amalan kebaikan.
Hal ini telah dijelaskan melalui surah saba' ayat 13 yang Jadi, bagaimana cara hendak bersyukur?
Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman bahawa salah satu cara bersyukur
adalah dengan melakukan amalan kebaikan. Hal ini telah dijelaskan melalui surah
saba' ayat 13 yang bermaksud:
"Beramalanlah
kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur"
Maka pada bulan Ramadan ini dengan izin Allah SWT kami ingin mengajak anda semua untuk berkongsi
rezeki dengan berwakaf dan memahami erti syukur sebenar dengan membantu
membiayai dana bagi pembangunan dan pengurusan Madrasah Addiniah dengan
sumbangan Wakaf.
"Wakaf yang
dilakukan pada bulan Ramadan pasti memberi ganjaran dan kebaikan berganda
secara berterusan kepada para dermawan budiman yang ingin membalas jasa ibu
ayah."
"Sesungguhnya telah datang
kepadamu bulan Ramadan: Bulan penuh keberkatan....." (Hadis Riwayat Nassaie)
SEJARAH PENUBUHAN.
Madrasah Addiniah merupakan salah satu pusat pengajian Islam secara formal yang baru sahaja ditubuhkan khas untuk warga emas terletak di Lot 71535, Mukim Ulu Terengganu Kampung Gedung, Kuala Berang, Terengganu.
Bermula
dengan sebuah bangunan kecil dan kini kian uzur ini
menempatkan sejumlah warga emas. Bilangan ini tidak termasuk dengan beberapa
orang tenaga pengajar dan staf sokongan yang setia
membantu menguruskan kebajikan dan memberikan pendidikan Islam kepada mereka.
Bukan itu
sahaja pendidikan agama diberikan kepada warga emas dan dari keluarga asnaf
fakir miskin untuk masyarakat kampung sekitar ini.
Bangunan
yang serba daif ini telah memberi peluang kepada warga
emas untuk mendalami ilmu agama dan ilmu-ilmu
lain secara formal yang bermanfaat untuk kegunaan masa hadapan.
Selain
itu, warga emas di Madrasah ini telah memenuhi masa mereka dengan
aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah Alhamdulillah, segala isi aktiviti
yang dijalankan di Madrasah ini merangkumi ilmu yang bermanfaat di dunia dan di
akhirat kelak.
DANA YANG DIPERLUKAN KINI.
Demi memberi keselesaan dari segi pengurusan dan kebajikan di Madrasah ini, kami memerlukan RM 2 Juta untuk kutipan dana secara keseluruhannya.
Dana sebanyak RM500,000 untuk membeli dua bidang tanah berhampiran dengan bangunan yang lama ini. Ini bertujuan untuk menjadikan tanah tersebut sebagai tapak bangunan pengajian yang merangkumi bilik kelas, pondok khas warga emas dan surau.
Oleh yang demikian, kos anggaran untuk menyiapkan bangunan tersebut adalah sebanyak RM500,000 kos operasi ini tidak termasuk kos-kos penyelenggaraan seperti dibawah:
- Kos pertukangan.
- Kos pengurusan dan utiliti.
- Kos bil utiliti (bil air, elektrik dan lain-lain)
- Kos pembelian perabot.
- Kos pengurusan dan kebajikan warga emas, para pelajar dan guru-guru.
Untuk pengetahuan anda, bangunan baru nanti akan memuatkan:
✅ Bilik pengurusan sekolah.
✅ Asrama para pelajar.
✅ Pondok Khas Warga Emas
✅ Kelas pengajian.
✅ Surau untuk pelajar dan masyarakat kampung.
Oleh itu, ayuh kita ambil peluang keemasan ini untuk merasai nikmat bersyukur dengan menjalankan tanggungjawab sebagai saudara islam, dengan membantu pihak pengurusan sekolah, menyediakan keperluan yang selesa dan selamat untuk warga emas ini.
Moga-moga segala kebaikan dan sumbangan wakaf yang diberi akan Allah SWT gandakan rahmat dan hadiahkan ladang yang luas untuk anda semua.
Rasulullah SAW telah bersabda:
"Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayar hutangnya atau engkau hilangkan kelaparannya" (hadith riwayat At-Tabrani)
Bagaimana anda boleh membantu?
Untuk memudahkan urusan anda menyumbang dana, pihak kami telah menyediakan beberapa pakej seperti dibawah:
✔ Pakej Dermawan - RM3000
✔ Pakej Titanium -RM1500
✔ Pakej Zamrud - RM500
✔ Pakej Berlian- Rm300
✔ Pakej Gold - RM100
✔ Seikhlas Hati - RM30
Untuk sumbangan secara manual/bank transfer/CDM, boleh bank in ekaun di bawah:
Bank : Maybank
Akaun : ADDINIAH RESOURCES
No.akaun : 5630 6415 5130
Reference : "Addiniah-ramadhan"
Sila letakkan reference "Addiniah-ramadhan" untuk memudahkan pihak kami mengagihkan dana yang telah disumbangkan.
Tiada kata yang mampu diucapkan selain doa yang berterusan buat para dermawan yang tidak putus-putus membantu pihak kami mengumpulkan dana buat Madrasah Addiniah.
Moga syurga menjadi ganjaran atas budi baik anda semua. Amin ya Rabbal Alamin.
1. Bagi pembayaran menggunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.