
Dukunglah Semangat Warga Emas Mengaji Al-Quran Dengan Bersedekah
Madrasah Addiniah adalah sebuah pusat pengajian al-Quran yang terletak di Lot 71535, Mukim Ulu Terengganu Kampung Gedung, Kuala Berang, Terengganu. Tercetusnya idea penubuhan Madrasah Addiniah ini adalah pada tahun 2020 oleh Ustaz Yusri Bin Musa di mana ibunya ingin mewakafkan tanah miliknya bagi mendirikan sekolah agama.
Uniknya, madrasah ini ditubuhkan khas untuk warga emas bagi membantu mereka mengaji dengan lebih bertajwid dan lancar. Alhamdulillah tanah wakaf yang kami peroleh kini sedang dalam proses penyediaan serta penukaran hakmilik.
MENGAPA PERLU BERWAKAF
Allah berfirman yang bermaksud:
“Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”
(Surah Al Baqarah: 274)
Jelas di dalam al-Quran tentang janji Allah yang menghapus kekhawatiran dan kesedihan buat hamba-Nya yang bersedekah di jalan Allah.
Ayuh manfaatkan peluang ini dengan membantu mencukupkan dana RM1 Juta.
AYUH BANTU MEREKA!
Kutipan Semasa
RM {nilai_semasa}
Sasaran Kutipan
RM {nilai_sasaran}
Kami telah menyediakan beberapa pakej lot wakaf serendah RM 30 bagi memudahkan urusan anda menyumbang dana. Selain wakaf untuk diri sendiri, anda boleh juga berwakaf dengan niat untuk ibu bapa atau keluarga tersayang kerana Allah SWT.
Anda juga boleh menyumbang dana melalui saluran secara manual. Butiran akaun adalah seperti di bawah:
Bank: MAYBANK
No.akaun: 5630 6415 5130
Nama: ADDINIAH RESOURCES
Sila letakkan reference "Wakaf Addiniah" untuk memudahkan pihak kami mengagihkan dana yang telah disumbangkan.