Pahala Berpanjangan Untuk Yang Menginfaqkan ke Jalan Allah

PROJEK UNTUK MENGUMPUL DANA
UNTUK MEMBANGUNKAN MADRASAH AD DINIAH
PONDOK WARGA EMAS
Allah SWT berfirman: “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan (yang sempurna) sebelum
kamu dermakan sebahagian daripada
apa yang kamu sayangi. Sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya
Allah mengetahuinya.”
(Surah Ali Imran: 92)
Islam sangat menuntut umatnya untuk melakukan
kebaikan.Sebagai seorang muslim,kita bukan
sahaja perlu berusaha untuk mencari keredhaan
Allah SWT dengan melipat gandakan ibadat,malah
Allah SWT juga sangat menyukai umatnya yang
sentiasa menginfaqkan harta ke jalan Allah SWT
dengan niat ingin membantu dan meringankan
kesusahan orang lain.
Justeru,marilah berlumba
dalam melakukan kebaikan,moga Allah
merahmati dan mempermudahkan kita dalam
segala urusan harian.
Saudara saudari yang dirahmati Allah,
Pertama sekalinya,terima kasih kerana sudi
menekan link ke ruangan ini.Alhamdulillah,Allah
telah menjentik hati saudara saudari untuk
mungkin mengambil peluang untuk merebut
saham akhirat yang berterusan Insha Allah.
Sedikit sebanyak tentang projek ini.
Projek ini dirancang untuk mengumpul dana
untuk membangunkan sebuah madrasah
yang diberi nama Madrasah Ad Diniah
Pondok Warga Emas yang bakal dibina
di Kampung Basung,Hulu Terengganu.
Madrasah ini akan dibina diatas sebidang tanah
yang diwakafkan oleh ibunda kepada Ustaz Yusri
Musa seluas lebih kurang 2 ekar.
Pengasas kepada projek rancangan untuk
membina madrasah ini akan diketuai oleh Ustaz
Yusri Musa,yang juga mantan penceramah radio
KL.fm yang kini bergiat aktif di Terengganu.
Tujuan untuk membina Madrasah Ad Diniah
Pondok Warga Emas
Madrasah ini akan dibina khususnya untuk
warga emas yang ingin menuntut ilmu akhirat
dengan suasana pembelajaran yang selesa
dan tenang.
Dengan adanya pusat pengajian seperti
madrasah ini diharap dapat menjadi pusat
kegiatan ilmu,pengajian kitab dan pusat
dakwah yang boleh membawa manfaat
khususnya kepada penduduk setempat.
Malahan,madrasah Ini juga diharap dapat
menjadi pusat silaturahim antara penduduk
selain menjadi pusat penyebaran syair Islam.
Progress pembinaan Madrasah Ad Diniah
Pondok Warga Emas
Setakat ini,tanah untuk pembinaan Madrasah
ini masih di dalam fasa 1 di mana ianya perlu
dibersihkan sebelum proses pembinaannya
boleh dimulakan.
Plan bangunan untuk madrasah ini telah pun
siap,dan kini hanya menunggu dana mencukupi
daripada orang ramai untuk memulakan
kerja-kerja pembinaan.
Insha Allah dengan hasil sumbangan daripada
saudara saudari,mungkin proses pembinaan
madrasah ini dapat dipercepatkan,dan manfaat
daripada kewujudan madrasah ini dapat
digunakan sebaik mungkin.
Mengapa harus menyumbang?
Setakat ini,dana yang besar diperlukan untuk
memulakan proses pembinaan masih belum
mencukupi dan diharap tahun 2021 ini kerja-kerja
pembinaan boleh dimulakan dari hasil sumbangan
orang ramai.
Justeru itu,sumbangan daripada saudara saudari
sangat dialu-alukan untuk merealisasikan projek
pembangunan Madrasah Ad Diniah Pondok Warga
Emas ini.
Marilah sama-sama merebut saham akhirat yang
berterusan,dengan menginfaqkan sedikit harta
saudara saudari kepada dana pembangunan
madrasah ini.
Manfaatkan peluang ini,dan menyumbanglah
walaupun sedikit.Moga asbab sedekah walaupun
RM10 dapat membuka lebih banyak pintu rezeki
buat saudara saudari.
Jazakallahu khairan khatira.
Moga Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan
saudari-saudari.