Dari Abdullah Umar RA berkata:

Rasulullah SAW bersabda “Keredhaan Allah adalah di bawah keredhaan kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan Allah adalah di bawah kemurkaan kedua-dua ibu bapa.”

(HR Tirmizi dan di tashih oleh Ibnu Hibban dan Hakim)


Pepatah berkata kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Kewujudan kita pada hari ini adalah suatu nikmat yang besar dari Allah SWT. Kasih sayang mereka tanpa balasan, tanpa mengharapkan sebarang ganjaran mahupun penghargaan. 



    
Warga Emas Madrasah Pondok Addiniah memerlukan sumbangan untuk pembinaan pusat pengajian Al-Quran. Bantu mereka untuk bina pusat pengajian Al-Quran yang selesa. Sayangi mereka seperti ibu-bapa kita sendiri.


Mereka ikhlas menjaga dan membesarkan kita dengan penuh susah dan kepayahan. Garis-garis halus dan kedutan di wajah ayah dan ibu yang semakin dimamah usia tidak lain tidak bukan segalanya memikirkan kerisauan tentang hidup anak-anaknya. 


Semakin kita menginjak kedewasaan, semakin kita lupa mereka semakin tua, semakin mereka perlukan perhatian kita. Mungkin kita lupa yang kita juga pasti akan jadi seperti mereka, kita juga pasti akan menjadi ibu bapa seperti mereka yang menatang anak umpama minyak yang penuh. 




Sama-sama kita doakan kesejahteraan buat kedua ibu bapa kita sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Sayangilah mereka melebihi kasih mereka kepada kita. Berapa lama kita mampu merasai kasih sayang ibu dan ayah? Tiada siapa tahu. Kerana ajal maut itu pegangan Allah. 



Madrasah Addiniah ialah pusat pengajian yang ditubuhkan khusus untuk warga emas yang terdiri daripada keluarga asnaf & fakir miskin. Madrasah ini terletak di Kampung Pondok Lalang, Tepoh, Kuala Nerus 21300, Terengganu. Dulunya madrasah ini bermula dengan sebuah bangunan kecil yang kian uzur menjadi tempat mengaji al-quran untuk orang-orang tua. 


Mereka juga dipantau secara rapi oleh beberapa orang tenaga pengajar dan staf sokongan yang setia membantu menguruskan kebajikan dan memberikan pendidikan Al – Quran kepada mereka. 

Oleh kerana, kemudahan dan ruang penjagaan terlalu terhad, pihak pengurusan ketika ini amat memerlukan bantuan dana tambahan bagi memenuhi keselesaan warga emas ini.

Bantu Pembinaan Madrasah Addiniah Pondok Al-Quran Warga Emas 


Firman Allah SWT, maksudnya :

“ Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui.” 


(Surah Al-Baqarah : Ayat 261)




DANA YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBANTU WARGA EMAS ADDINIAH

Demi memberi keselesaan dari segi pengurusan dan kebajikan di Madrasah ini, kami memerlukan RM 2 Juta untuk kutipan dana secara keseluruhannya.

Dana sebanyak RM500,000 untuk membeli dua bidang tanah berhampiran dengan bangunan yang lama ini. Ini bertujuan untuk menjadikan tanah tersebut sebagai tapak bangunan pengajian yang merangkumi bilik kelas, pondok khas warga emas dan surau.



Oleh yang demikian, kos anggaran untuk menyiapkan bangunan tersebut adalah sebanyak RM500,000. Kos operasi ini tidak termasuk kos-kos penyelenggaraan seperti dibawah:


Kos pertukangan.
Kos pengurusan dan utiliti.
Kos bil utiliti (bil air, elektrik dan lain-lain)
Kos pembelian perabot.
Kos pengurusan dan kebajikan warga emas, para pelajar dan guru-guru.

Untuk pengetahuan anda, bangunan baru nanti akan memuatkan:

✅ Bilik pengurusan sekolah.
✅ Asrama para pelajar.
 Pondok Khas Warga Emas
✅ Kelas pengajian.
✅ Surau untuk pelajar dan masyarakat kampung.


Oleh itu, ayuh kita ambil peluang keemasan ini untuk merasai nikmat bersyukur dengan menjalankan tanggungjawab sebagai saudara islam, dengan membantu pihak pengurusan sekolah, menyediakan keperluan yang selesa dan selamat untuk warga emas ini.


Sedikit, Tetapi Bermakna Walaupun kita tidak mampu untuk memberi lebih, tetapi sedikit itulah yang akan membantu kita sewaktu di akhirat kelak, InsyaAllah! Seperti yang telah dijanjikan oleh-Nya, pelbagai jenis manfaat serta kelebihan yang akan dikurniakan bagi yang ikhlas mengeluarkan harta mereka di jalan Allah SWT.


Untuk memudahkan urusan anda menyumbang dana, pihak kami telah menyediakan beberapa pakej seperti dibawah:


✔ Pakej Dermawan RM3000
✔ Pakej Titanium -RM1500
✔ Pakej Zamrud - RM500
✔ Pakej Berlian- Rm300
✔ Pakej Gold - RM100
✔ Seikhlas Hati - RM30


Untuk sumbangan secara manual/bank transfer/CDM, boleh bank in di akaun di bawah:


MAYBANK

ADDINIAH RESOURCES

5630 6415 5130

Sila letakkan reference "Waqaf Addiniah" untuk memudahkan pihak kami mengagihkan dana yang telah disumbangkan.


InsyaAllah ! Dengan setiap sumbangan dan sokongan dari Anda mampu memberikan senyuman serta meringan & memudahkan mereka dalam menempuh ujian dari Allah SWT.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Dermawan- RM3000
Pakej Titanium -RM1500
Pakej Zamrud - RM500
Pakej Berlian- Rm300
Pakej Gold - RM100
Seikhlas Hati - RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN

Sila lakukan sumbangan berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel madrasahaddiniahpndkwargaemas@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti sumbangan jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaADDINIAH RESOURCES
No. Akaun563064155130
Buka Maybank2u  

Chat dengan ustaz