Pahala Berpanjangan Untuk Yang Menginfaqkan ke Jalan Allah
Projek Dana RM2 juta bagi mendirikan Pondok Khas untuk warga emas yang mahu mengaji agama

Lot wakaf serendah RM30 atau seikhlas hati dibuka untuk tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Boleh niatkan hadiah kepada ibu bapa yang telah pergi,anak-anak dan orang yang tersayang.


Pahala akan terus mengalir jika warga emas di Madrasah ini terus mendapatkan manfaat hasil sumbangan tuan puan.

Allah SWT berfirman: 

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan (yang sempurna) sebelum

kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”

(Surah Ali Imran: 92)


Kami dari Madrasah Addiniah di Lot 71535, Mukim Ulu Terengganu, Kampung Gedung, Kuala Berang, Terengganu membuka seluasnya peluang kepada tuan puan untuk berwakaf bersama kami.

Setakat ini, kami telah mempunyai sebidang tanah 2 ekar yang 
diwakafkan oleh ibunda kepada Ustaz Yusri Musa ( mantan penceramah radio KL FM). 


Pembinaan Madrasah ini masih di dalam fasa 1 di mana ianya perlu dibersihkan sebelum proses pembinaannya boleh dimulakan.


Plan bangunan untuk madrasah ini telah pun siap,dan kini hanya menunggu dana mencukupi daripada orang ramai untuk memulakan kerja-kerja pembinaan.


Sehubungan dengan itu kami menyeru tuan dan puan bersama kami dalam misi pembinaan bangunan pondok khas untuk warga emas seperti ibu ayah yang ingin mempelajari agama untuk bekalan akhirat nanti.

Bayangkan dengan asbab rezeki yang telah kita infaqkan, kita dapat ganjarannya selagi berdirinya bangunan ini,selagi bangunan ini menerima kehadiran warga emas yang ingin mendalami ilmu akhirat.



Dari Abu Hurairah r.a sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "apabila mati anak Adam akan terputuslah amalannya kecuali tiga perkara sedekah jariah,ilmu yang dimanafaatkan dan anak Soleh yang mendoakannya".Hadis riwayat Muslim.

"Bandingan (pahala) orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat 100 biji dan ingatlah Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah maha luas (kurniaNya) lagi maha mengetahui (surah al-Baqarah ayat 261).


Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi dan suatu apa jua yang kau dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya (Ali Imran ayat 92)


Sasaran Dana

Oleh itu,pihak Madrasah sedang berusaha untuk mengumpulkan dana sebanyak RM2 juta yang akan digunakan untuk pembinaan :

✔ Kos bangunan pondok khas
✔ Kos keperluan warga emas yang tinggal di pondok ini
✔ Kos tetap kebajikan,pengurusan pembangunan dan operasi khusus Madrasah


Bagaimana pihak tuan puan boleh menyumbang

Justeru dengan itu,kami membuka lot infaq untuk pihak tuan puan dapat bersama-sama kami dalam pembinaan madrasah ini.

✔ Pakej Dermawan - RM3000
✔ Pakej Titanium -RM1500
✔ Pakej Zamrud - RM500
✔ Pakej Berlian- Rm300
✔ Pakej Gold - RM100
✔ Pakej Seikhlas Hati - RM30


Tuan puan boleh memilih senarai pakej yang dinyatakan diruangan bawah borang

atau jika tuan puan ingin menyumbang secara manual, A
nda boleh menyumbang di


Bank : Maybank
Akaun : ADDINIAH RESOURCES

No.akaun : 5630 6415 5130
 
Reference : "Warga Emas"



Dari hadis riwayat Muslim maksudnya "apabila matinya seorang anak Adam itu terputus lah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang manafaat,dan anak Soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibu bapanya".(Hadis riwayat Muslim)

Ya Allah,berikanlah kami peluang untuk membantu warga emas supaya memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat. Aminn.


1. Bagi pembayaran menggunakan payment  gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di  statement bank akan terpapar pembayaran  kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini  merupakan rakan kerjasama pembayaran  kami.

2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment  gateway Toyyibpay.



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Dermawan- RM3000
Pakej Titanium -RM1500
Pakej Zamrud - RM500
Pakej Berlian- Rm300
Pakej Gold - RM100
Seikhlas Hati - RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN

Sila lakukan sumbangan berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel madrasahaddiniahpndkwargaemas@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti sumbangan jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaADDINIAH RESOURCES
No. Akaun563064155130
Buka Maybank2u  

Chat dengan ustaz